7 Keistimewaan dan Perbezaan ESP Shaklee Berbanding Protein Soya Di Pasaran

Selalu dengar soya shaklee berbeza dengan soya di pasarankan.
Betul ka wujud perbezaan soya? Apa yang sebenarnya membezakannya?

Mula-mula dulu saya pun beranggapan semua soya ni sama sahaja sehinggalah saya betul-betul mengkaji, mengkaji, dan cuba untuk mengenali soya shaklee yang orang selalu sebut-sebut sebagai ESP!

Sekarang saya sudah kenal sangat dengan ESP Shaklee malah saya juga pengguna tegar ESP Shaklee sejak dari tahun 2013. Sekali sudah kenal, sendiri merasa kesan yang memberangsangkan, terus jatuh cinta! Memang patut pun ramai yang kata bila sudah cuba ESP, pasti mahu lagi dan lagi.

Rasa pentingkan diri sendiri lah pula kalau saya tidak kongsikan bersama anda apa perbezaan dan keistimewaan ESP shaklee ini berbanding produk protein soya di luar sana.

7 Perbezaan dan Keistimewaan ESP Shaklee

(1) Protein soya yang shaklee gunakan adalah soya yang tidak_diubahsuai secara genetik. Inilah selalu disebut-sebut oleh pengedar shaklee bahawa soya ESP shaklee adalah non-GMO. Soya ESP shaklee membesar dan matang secara semulajadi, tanpa disuntik-suntik hormon di bawah program pengekalan identiti (PPI).

(2) Ramai yang tidak tahu bahawa shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya pada tahun 1961.

(3) ESP shaklee satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita.

(4) Kelebihan kepada pengidap kencing manis di mana ESP shaklee mempunyai kandungan Indeks Glisemik(G.I) yang rendah iaitu 39. Jadi golongan ini juga sesuai dan tiada masalah untuk minum ESP.

(5) Walaupun berasaskan soya, ESP shaklee tidak mengandungi asid urik, sebab itu ibu saya yang ada gout pun tiada masalah untuk amalkan ESP shaklee. Ibu minum ESP shaklee sebab dapat membantu menghilangkan gastriknya yang teruk.

(6) Sesetengah protein soya di pasaran, diproses dengan alkohol. cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilang isoflavon yang bermanfaat, malah boleh membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP shaklee diproses pada kadar suhu yang rendah dan dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein agar mampu memberikan manfaat yang maksimum.

(7) ESP shaklee tinggi dengan kandungan kalsium yang membantu dalam kesihatan tulang.

Bila saya mengetahui 7 keistimewaan dan perbezaan soya ESP shaklee di atas, barulah saya sedar bahawa saya dan anda berhak membuat pilihan untuk memilih protein soya yang terbaik untuk kita berikan kepada tubuh badan!

Cara Mudah Order Shaklee Secara Online:

 

 

 

Share and Enjoy!

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *