Tips Segarkan Kembali Nafas Berbau

Nafas Berbau Tanda Penyakit Dalaman?

Banyak perkara yang boleh menyumbang kepada masalah nafas berbau. Kemungkinan juga adalah disebabkan oleh pengumpulan bakteria di dalam mulut akibat daripada penjagaan oral yang tidak betul.

Penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga boleh menyumbang kepada nafas berbau.

Sebaiknya anda membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Jika anda tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, ulser, sakit tekak, selesma, resdung atau sebagainya, kemungkinan masalah nafas berbau anda adalah berpunca daripada penjagaan mulut yang kurang Berjaya.

Di mana bau berkenaan berpunca daripada pereputan sisa-sisa makanan yang terdapat di celah-celah gusi atau gigi. oleh itu, pastikanlah anda menjaga kebersihan oral (mulut) dengan betul bagi memastikan kesegaran nafas ya.

Jom Saya Kongsikan Tips Untuk Segarkan Nafas

  • Penjagaan oral yang betul. Berkumur dengan air bersih setengah jam selepas makan. Memberus gigi dua kali sehari juga sudah memadai dan jangan lupa bersihkan lidah sekali.
  • Mengunyah gula-gula getah tanpa gula kerana gula-gula bergetah yang bergula akan memburukkan lagi masalah nafas berbau.
  • Pengambilan yogurt (yang masam) mengandungi Vitamin D yang boleh melawan bakteria yang menjadi punca nafas berbau.
  • Mengunyah daun pudina boleh menyegarkan nafas.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur dengan sebuk penaik yang tulen, yang tidak dicampur dengan bahan kimia. Kandungan serbuk penaik boleh menyeimbangkan keasidan dan seterusnya mengembalikan kesegaran nafas.
  • Elakkan menggunakan pencuci mulut yang mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut sekaligus menyumbang pembiakan bakteria.
  • Minum air dengan secukupnya dan minumlah dengan kerap seperti yang disarankan agar mulut anda sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Minum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan di celah gigi atau gusi dan melembapkan mulut.
  • Jika mengalami masalah penyakit gusi seperti gusi berdarah, gusi bengkak, gusi sakit, gusi bernanah, gigi goyang dan yang sewaktu dengannya, segeralah membuat rawatan gigi dengan doktor.

Jika anda tidak menyedari bahawa nafas anda berbau, perhatikanlah reaksi rakan di hadapan anda apabila anda berbual. Jika rakan anda berundur ke belakang dan menjauhkan jarak daripada anda, bermakna nafas anda berbau!

Jangan biarkan nafas berbau mengganggu suasana ya, cubalah tips-tips di atas. Kembalikan kesegaran nafas anda 🙂

Vitamin Untuk Hilangkan Nafas Berbau

 

Sharing With Love,

Mama Putri

0168315405

 

Share and Enjoy!

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *