About Me

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jom berkenalan,

Saya lebih dikenali dengan panggilan Mama Putri. Mempunyai tiga putri yang sangat lincah dan sentiasa bertenaga iaitu Putri Diana, Putri Dania dan yang bongsu Putri Danisha.

Memandangkan hari berlalu dengan pantas, adalah rugi rasanya apabila saya tidak menyimpan dan berkongsi memori-memori yang berlalu setiap hari dan setiap waktu begitu sahaja.

Makanya di blog ini, saya ingin berkongsi kehidupan seorang yang bergelar mama di mana sentiasa inginkan yang terbaik dari segi ilmu keibubapaan dan pada masa yang sama memastikan insan bergelar mama iniĀ  menjaga penampilan serta kesihatan diri sebagai seorang ibu dan juga isteri di mata suami.

Banyak yang ingin dikongsikan dan saya harapkan anda gembira menikmati perkongsian-perkongsian saya serta bersama-sama mendapatkan manfaatnya.

Sekian, salam perkenalan dan salam sayang,

With Love

Mama Putri

Share and Enjoy!